Kehidupan awal Samantha Bee

Bee dilahirkan di Toronto, Ontario, anak kepada pasangan Debra dan Ronald Bee.[4][5] Ibu bapa Bee berpisah tidak lama setelah kelahirannya, dan beliau awalnya dibesarkan oleh neneknya, yang bekerja sebagai setiausaha di sekolah Katolik di mana beliau bersekolah yang terletak di Roncesvalles Avenue.[6] Bee kemudian melanjutkan pendidikannya ke Humberside Collegiate Institute dan York Memorial Collegiate Institute.[7]

Selepas tamat sekolah menengah, Bee melanjutkan pengajiannya di Universiti McGill, di mana beliau belajar humaniora. Beliau berpindah ke Universiti Ottawa selas tahun pertamanya. Di Universiti Ottawa, Bee menyertai kelas teater di mana beliau menunjukkan minatnya terhadap seni persembahan. Bee kemudian mendaftarkan diri ke Sekolah Teater George Brown di Toronto.[7]